01 May 2011

bila lelaki menangis....

as-salam...

sebenarnya terbaca artikel ni kat group kat fb...terasa terharu plak bila membacanya sbb penah berlaku insiden seorg lelaki menangis right in front of me...rase cam nk menangis skali.. :-( sgt2 terharu n because of what?? i can't remember..but, whatever it is, sharing is caring, rite? ^_^

Salahkah jika seorang lelaki menangis dan mengeluarkan airmata?

Sebenarnya tidak salah lelaki menangis.. Mungkin pada mereka (sesetengah orang) lelaki tidak macho bila ia menangis. Tapi pada saya tidak. Ia menunjukkan satu sifat yang tulus dari hati seorang lelaki. Menangis nya seorang lelaki bersebab. Hanya sesetengah lelaki terlalu ego untuk mengeluarkan airmata. Hati ini akan tersentuh dan luluh tatkala melihat titisan itu jatuh di pipi insan bernama lelaki...

Lelaki..
Bila sebut tentang lelaki perkara yang sinonim dengan sifatnya adalah kegoan itu sendiri.
Tetapi, saat jatuh nya air mata seorang lelaki, maka lunturlah keegoan yang sering mereka pertahankan.
Maka terbitlah satu sifat yang tersirat dari dalam sanubari seorang lelaki..
bahawa...lelaki juga punya kelembutan yang tersendiri. Satu sifat yang kita tak pernah jangkakan. Sifat yang jarang ditunjukkan. Walau lelaki kelihatan begitu gagah, hakikatnya lelaki juga punya kelemahan. Kerana lelaki juga adalah manusia biasa yang punya hati dan perasaan...

Di sebalik tangisan lelaki sejati, tersembunyi sebuah kekuatan yang luarbiasa..


p/s : tetiba teringat lagu Anuar Zain - Lelaki Ini...^_^

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers