23 November 2011

aiyarkkk!!


as-salam...


aiyarkkkk!! sebulan lagi meh..byk lagi benda nk wat..bunga telur x beli lagi..goodie bags pun x beli lagi..mak aihhh..tulun2


byk lagi preparation x wat lagi..patutla ckp2 org yg nk kahwin neh bukannye senang..nk akad senang jek, preparation selepas tuh yg memeningkan kepala.. haishhh =,='


mmgla akad yg penting, tp preparation2 sblm n slps tu pun penting gak..ape2 hal pun, wat satu2 ye..chaiyokk! gambatte kudasai najwa san..


p/s: ehem ehem CIK GHA, jgn lupa tolong2 kakakmu yg tersayang ini ye..hehehe

22 November 2011

it's november...

as-salam..


finally, it's november again..bulan yg sgt ditunggu2 oleh semua warga pendidik, yesss, including me..bulan ni la yg menandakan berakhirnya sesi persekolahan utk setiap tahun..n tahun ni, xde lainnye..mungkin sedikit lain for me sbb menandakan yg sy akan, insyaAllah, akan memulakan satu lagi fasa baru dlm hidup sy..tp, this is not what i want to share..takpe, nnt sy kongsikan dlm entry yg lain ye.. ^_^


guys, frankly speaking, mmg every year sy akan sentiasa menantikan bulan november n disember..y?? simply because during these months la yg my workloads akan berkurangan bit by bit..mane taknye, setelah nearly a year berhempas-pulas dgn segala karenah2 students, colleagues, admins, parents n many more, finally it's time for me to pampered myself..most of the time spending my time on my beds, surfing net, sleeping, watching tv n doing things that i love to do..mmgla nmpk mcm x menarik kan tp bagi sy, bulan ni la yg sgt menyeronokkan..utk warga pendidik yg lain, mungkin memahami kot situasi ni..al-maklumla, selama sy bertugas, every year i was assigned to teach f3 n f5 students..mmg akan berhempas-pulas sehinggalah f5 students sit for their exam..i'm not complaining, jgn salah faham..sy suka dgn tugas sy..cuma, apabila diberikan cuti yg sebegini, i'm totally grateful..


iyela, nk kena refresh smula kan utk menghadapi the next year..tp, xpela..sy mmg suka jadi guru..biarla apa org nk kata ttg guru, hanya guru shj yg memahaminya..ade yg kata kerja guru senang, balik awal, byk cuti n bermcm2 lagi..tp, selagi mereka2 tidak berada dlm profesion ini, mereka tidak tahu betapa susahnya menjadi guru zaman ini..ceehhh, tetiba ayat sentimental..hehehe


itula, bercerita bln november ni pun, mmg byk plan2 yg akan dijalankan..hehehe..whatever it is, yg penting i'm hoping that my students will do their best in the exam..bulan ni pun bulan yg paling ditunggu2 oleh guru f5 n students nya..akhirnya, sy bolehla menarik nafas lega sbb sudah mencurahkan apa yg perlu utk my students (harap2nye cukup utk diaorg)..just wait n see the result je next year..usaha + doa + tawakkal = insyaAllah..


p/s: for my f5 students, i'll always hoping the best for u guys..biarpun dh mcm2 sy buat (denda + byr seposen + halau keluar kelas + plg teruk, totally ignored), sy mohon maaf ye..sy xkan lakukan sesuatu tanpa sbb..tp, from the bottom of my heart, sy mmg mengharapkan yg kamu akan berjaya, didunia n diakhirat kelak.. ^_^

21 November 2011

ketika Allah memilihmu untukku...

as-salam..

ketika sy sdg surfing2 kat internet neh, terjumpala sy ngan blog ni http://akuislam.com/blog/#axzz1eJlzJlCD ...bile tgk2 n baca2 isi kandungan blog neh, byk yg menarik minat sy utk terus membacanye...sy?? cheeewahh..terasa sopan pula.. ^_^ ...dlm byk2 artikel, sy sgt2 tertarik nk share artikel 'ketika Allah memilihmu untukku' ni..almaklumla, hati tgh berbunga2 la katakan..hehehe..sgt menyentuh hati. ;-)


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..

Ingin aku beritahu padamu..

Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..

Ibu bapa yang begitu sempurna..

Dengan cinta yang begitu mekar..

Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga..

Maka, padamu aku katakan..

Saat Allah memilih mu dalam hidupku,

Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..

Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah..

.

Padamu yang Allah pilihkan untukku..

Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,

Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..

Maka, ketika Dia memilihmu untukku,

Maka waktu itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu.

Dan aku tahu, Kau pun bukanlah lelaki yang sempurna..

Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..

Kerana kelak kita akan bersatu..

Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,

Kau dan aku akan menjadi ‘kita’..

.

Padamu yang Allah pilihkan untukku..

Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah,

Membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya..

Maka ketika Dia memilihmu untukku,

Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa dirimu dengan ilmuNya..

Maka genggam tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..

Itulah visi pernikahan kita..

Ibadah padaNya ta’ala..

.

Padamu yang Allah tetapkan sebagai nahkodaku..

Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..

Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..

Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,

Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan..

Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..

Tetapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..

Namun tatap mataku, tersenyumlah. .

Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu..

Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah..

Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..

Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

.

Padamu yang Allah tetapkan sebagai pelindungku..

Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..

Maka dimataku kau adalah yang terindah,

Kata – kata mu adalah titah untukku,

Selama tidak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..

Maka kalau kau berkenan ku meminta..

Jadilah pelindung yang indah, yang kukuh…

Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…

Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..

Maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga..

Yang dadanya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah,

Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..

Yang darahnya mengalir darah syuhada..

Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh berkat, kau mampu membentuk mereka..

Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..

.

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…

Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,

Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..

Mudahkanlah jalanku ke SyurgaNya..

Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..

.

Dari Ummu Salamah, berkata, “Rasulullah SWT bersabda : “Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meredhainya, maka dia akan masuk syurga.” (HR. Ahmad dan Thabrani)





p/s: sgt menyentuh hati kan? ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers