24 December 2010

tOlonG!!

Salam


ini satu lagi note dari my studnt gak... ;-)


tOloNg!!!!!

by Mish IezEdd on Friday, December 24, 2010 at 12:44am

Tolong laa.....


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..


Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..


Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..


Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melukakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..


Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...


Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Jodoh di Tangan TUHAN...

Salam....

this is my student's post kat fb dia..x tau la dia create sendiri or just copy..but the most important is, this is beautifully written & touchable..looking at the title itself brings thousand meaning..


Jodoh di Tangan TUHAN (renungkanlah...)

by Kasih Puteri on Monday, December 6, 2010 at 3:43pm


Ya Allah, seandainya Engkau catatkan,

Dia milikku tercipta buatku,

satukanlah hatinya dengan hatiku,

Ya Tuhan Maha Mengasihi,

seiringkanlah kami melayari hidup ini,

ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan,

dia bukan milikku,

bawalah ia jauh dari pandanganku,

luputkanlah ia dari ingatanku,

Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,

berilah aku kekuatan,

melontar bayangannya jauh ke dada langit,

hilang bersama senja nan merah,

agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama

dengan dirinya.

Ya Allah Ya Tuhanku,

pasrahkanlah aku dengan takdirMu,

sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan,

adalah yang terbaik buatku,

kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik

buat hamba-mu ini

Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang

tumbuhkanlah kembali yang telah patah

jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku

berikanlah aku insan yang lebih baik

jika dia bukan jodohku

Ya Allah,cukuplah Engkau sahaja

menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat

Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

jangan Engkau biarkan aku sendirian

di dunia mahupun diakhirat

jauhkanlah aku dari terjurus ke arah

kemaksiatan dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman

supaya aku dan dia sama-sama dapat membina

kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai

dan kurniakan kepadaku keturunan

yang soleh dan solehah

berilah kami kebahagiaan hidup

di dunia dan di akhirat


p/s : Ya Allah, jika benarlah dia tercipta utk ku, maka permudahkanlah segala urusan kami utk membina mahligai bahagia bersama, dikurniakan cahayamata yg soleh & solehah serta dipanjangkan jodoh kami sehingga ke akhir hayat..ameen. ;-)

10 November 2010

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..



by Mtd Kota Lama on Monday, November 8, 2010 at 10:37pm












Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.






1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akanmenjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-matanak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprisebuatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)

08 November 2010

ku berjanji kerna cinta - anuar zain



Kumenunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
‘Tuk bersama selamanya
Kita berdua

Kau slalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

reff:
Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

bridge:
Meraihmu…menggapaimu

(Kuberjanji karna cintaku)
Karna cinta
(Kuberharap karna kasihmu)
Karna kasih
Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Pernah berpisah Sampaikan nanti........

Lagu/Lirik : Nico Ajie Bandy
Vokal : Anuar Zain


p/s: x tau nape, ase cam best sgt lagu neh...liriknye sgt puitis n melodinye sgt indah...sgt seswai ngan suara anuar zain...bila dgr jek, ase cam cool jek... ;-)

07 November 2010

my students 2010..





~ ni la antara wajah2 bdk klas 5 IR ~


~ ni pun ade yg x dtg neh ~


sometimes they do make me laugh n sometimes they will make me cry...but whatever it is, they r the one that makes me loves teaching...not just them but all my students... ;-)

sabar...sabar...



ish ish ish...geramnyeeee laa...dh kena lempang n sepak pun still lg membebel...ade gak aku kuarkan rotan dr keta aku tuh..aku sebat2 gak bontot dia neh sekuat ati aku...huhuhu...cam real jek kan? mcm la aku ni brani sgt nk wat camtuh..setakat brani dlm fantasi aku je la...huhu...tp, mmg ase nk jek wat camtuh..huhuhu...panasssssss telinga neh...


mcm2 citer aku dh dgr arini...dr citer pedo'oh (tipu) smpila citer yg entah ape2 ntah...sabo je la...kdg2 telinga neh x tahan jek dgr citer2 tuh...mcm2...tu la kalu ade jek nenek kesayangan kat umah neh...kena bebanyak sabar...kalu sabar tuh setakat 10 kilo, x yah berangan ar nk dok serumah ngan nenek kesyangan aku neh...huhuhuhu...paling kurang kena ade ilmu sabar peringkat dewa ke-8, baru cukup...hahaha


kalu org x berckp ngan dia, ckp kita sombong...bila cakap kuat sket ngan dia (sbb dia dh kurang pendengarannye..), kata kita tengking2 dia...hmmm...nk wat camne...lain kita cakap, lain dia dgr...huhu...pastu kita gak yg sakit ati...sape x hangenn..


p/s: ade x sesape nk pinjam nenek koi neh?? huhuhu

01 November 2010

netball lagik...

assalamualaikum...

ahad pagi (31/10) aku pi main netball lagik..hehehe..jd pemain import..nk wat camne, skolah xde team..so, mainla ngan team lain..punyala nk main nye..hahahaha..tp, sian aku kat k.ani...dia dok kat tepi cam geram jek nak main tp xleh sbb kaki dia terseliuh masa kitaorg main netball utk karnival iktiraf kat sebertak last 2 weeks..hehe..sabaqla no..next year leh main lg.. ;-)


kali nih main pun ok..main kat dlm dewan smk bndr kerayong..so, xdela masalah kena sun burn..hahaha..x la bertambah itam kulit ku ini..hehe..lg pun, this time my position kat dlm kaw. D jek, so x la penat sgt nk kejar bola..just tunggu jek bola smpi n then just shot the ball into the goal..hehe..senangnye la ati...hehe..xla sakit2 sgt badan neh.. ;-)


tp kan, tiap kali main mmg sentiasa beringat...maklumlah, dh pernah injured kat dua2 lutut kan dulu..bengkak2 lututku ini..huhu..dpt mc doc 3 hari..x pernah2 cuti lama..hehe..tp tu la, smptla setahun rest, this time mmg x kira..kira lepas gian ar dpt main..hahaha


to short the story, we won the 2nd place...okeyla tuh, kalah ngan team purun jek..kalu menang, confirm johan..hehe...lg pun masa karnival iktiraf dulu pun, my team dpt no.3...sgt berpuas hati coz dh la main dr pg sampai ptg, then main kat padang lg..huhuhu..berminyak muka..tp, sgt satisfied.. ;-)


p/s: kalu ade lagi yg nk ajak main, count me in ek ;-)...hehe

26 October 2010

bebel lagi..



assalamualaikum...

hari ni aku dok bebel lagi kat kelas..mane x nye, ari2 dok dengar keluh-kesah my colleagues about 'my kids'..not biological kids hokey (insyaAllah, coming soon..)..hehe..hmm..depa neh eventhough da exam is just around da corner, they still not taking it seriously..still lagi x wat homeworks, chit-chatting in class, ignoring the teachers n bla bla bla...w'pun dah pecah class according to the trial result, tp depa nih mmg still not serious...cikgu2 lak yg dok risau ape nk jadi ngan depa neh...bila cikgu ckp kat depan, depa dok borak kat blakang...sape x hangen!! sepenyabar aku pun, kengkadg aku hangen tau!! cam org b***h jek ckp sengsorang kat depan bila org lain x mo dgr...huhuhu..sian x kat kitaorg neh? :-( ase cam ringan jek tangan nk baling something kat depa..hahaha..tp, kalu tersalah baling nnt, aku gak yg susah...nnt ade lak 2nd episode...huhuhu

tapi, pleaseeeeeee la people...be serious, okey...korang tau x yg kitaorg neh sebenarnya kengkdg x cukup tido n rehat nk focus kat korang neh...dok sibuk cari trial questions from other states, just for u!! (kengkdg on fb..hehehe)..dh cari, then nk pi wat copies lagik utk korang...bukannye senang tau...kdg2 we have to pay for it using our own money, but u guys just simply wat derk jek ngan question paper tuh...hilanglah, x bawakla, wat alas la, wat bungkus nasi lemak etc etc...huhuhu...x siapla, x retila...wei, kalu korang x reti, usahalah lebih sket...xkan semua benda nk cikgu yg kasi...pleaseeela, be independent...

"Allah xkan mengubah nasib seseorg itu kecuali seseorg itu berusaha utk mengubah nasibnye sendiri..."

x kanla itu pun nak kitaorg yg wat...huhuhu...utk yg rase2 dia pandai, pleaseeela...focus on ur study...keep on revising ur subject...n for mine, kalu rase2 dh leh wat essay, jgnla terlalu confident ek...sometimes, overconfident can bring u down...huhuhu...i'm not asking much, just always read n write...hopefully u'll pass with flying colours..


p/s: kalu ade yg terasa, sorry k..i'm just expressing my feeling..(^o^)




25 October 2010

movie ari ni...LBS



what to say ek?? barula arini ade kesempatan nk tgk movie neh..setelah berbulan menunggu dvd keluar, finally kelmarin berjaya gak aku pi cari dvd movie neh..hehehe..iyela, dulu nk pi tgk kat wayang, xde mase..lagipun, mane la ade wayang kat sini..wayang yg tunjuk aksi2 terlarang bykla..hahaha..back to the story.


finally, berjaya gak aku menonton movie neh..hmmm..agak keboringan sket ar tgk..huhu..x mcm bila baca novelnye..penuh penghayatan, penuh perasaan n perasan..hahaha..bila tgk mcm terbayang2 jek ayat2 dlm novelnye..n kept wondering mane part yg ni, mane scene yg ni..huhu..n yg paling x best, apesal la ayu after surgery tuh langsung x best..lagi menarik watak kate (fazura) n azmi (que)..huhu..tp, mmg patut dipuji sinematografi (btl ke? akekeke..) movie neh..mmg cantik tul bila tgk scene2 nye..cantik sgt tmpt2 yg depa shot.. ;-)

tp mmgla, ase lebih feel kalu baca novelnye..boleh terbayang2 jln citenye..hehe...& boleh terbayang2 kita jadi heroin nye..hahahaha...


p/s: kalaulah ade kat dunia neh mamat yg mcm kasyah, alangkah bertuahnye..so loyal to his love until the end of ayu's life..

02 September 2010

9 JENIS WANITA YG JADI PERHATIAN ...



by Wanita Menjadikan Dunia Lebih Indah on Tuesday, August 31, 2010 at 3:36pm







** SEKADAR RENUNGAN YER , AHAKS !!~ ..

APE2 PUN . D BEST IS 2 BE URSELF !!~

BILE SAPE2 LEH TERIMA KITA SEADANYA ..

TUH LAH NIKMATNYER KAN

TP , JGN BERUBAH UTK MNJAGA HATI ORG LAIN ..

KELAK TAKOT , KITA YG MERANA , HE2

WHEN U DO SOMETHING OR ANYTHING ,

MAKE SURE UR HEART AGREES WIF IT ..

BAK KATA ORG LAMER2 , (HE2 ) TEPOK DADA TANYA SELERA ....... LALALA !!~


1 . SIKAP KEIBUAN

Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2 . KEANAK-ANAKKAN

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan.Misalnya kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 . PENUH PENGERTIAN

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

4 . MENGHARGAI

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yg suka di perlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5 . MENJAGA PENAMPILAN

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih,kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6 . PANDAI BERBICARA

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya.Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik,serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.

7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI

Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9 . SIMPATI DAN PRIHATIN

Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan memukau .


28 August 2010

hmmmm


* semoga kita sentiasa dlm ketenangan *

"Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu."


jumpa kata2 neh kat iluvislam.com nye website..hmmm..what to say, let bygone be bygone..but sometimes we'll never forget..as a saying said "people will forgive but never forget"..yup, that's true..da same goes with me..i'll forgive but i'll never forget..ckpla ape pun, tp aku x kan pernah lupa ngan ape yg berlaku..even aku dok slalu nasihatkan bdk2 or people supaya life's must go on but aku kdg2 susah nk lupakan masa lalu..don't judge me ok, i'm just telling the truth..ape n sape yg wat aku sakit ati mmg aku ingat smpi bila2..especially this one particular case..mmg smpi skang i still remember every details about it..it never crossed my mind that it'll happened, but it happened..and it turned very bad.. :-(

**********************************

p/s: i'll forgive but it takes a loooooong time to forget..as people are still talking about it, i'll never forget..

23 August 2010

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

by Sebutir Mutiara Seindah Wanita

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..



~ALLAH knows BESt!~♥

22 August 2010

hostel life..part 2


kali nih nk citer pasal dewan makan asrama aku...dewan makan xde la secantik dewan makan asrama2 skang neh..mmg paling simple la..open air lg..xdenye skirting2 neh seme..huhu..mmg kalu kain terselak ke, suar koyak ke mmg clear view ar..hahaha..tp, ape2 pun, mmg bestla dwn mkn neh..mane xnye, senang nk usha mamat2 aspura.. (^o^) mmg clear ar pemandangan straight terus ke aspura coz aspura nye bangunan bwh bukit sket...aspuri nye selevel ngan dwn mkn n aspuri de 3 tingkat..aspura 2 tingkat jek..kalu yg bercouple tuh, nmpk jek awek or balak dia, terus kasi signal ajak makan sesama..xdela makan berhadap k, duk la selang semeja, 2,3 meja ke..asalkn leh nmpk muka..(ni bukan pengalaman aku k, aku bdk baik time duk hostel..hahaha) x pun, sesape yg ade admire kat sesape tuh, leh ar curik2 pandang time neh..(haaa, yg ni akula..hehe) bukan ape, time makan n time study jek leh jumpa bdk2 aspura neh...time study pun sbb f1, f2, f4 n f6 lower study kat dewan..yg kelas2 exam ade bilik study kat hostel..kalu nk jumpa ngan classmate pun, time study or makan jek..kalu jumpe time lain, sah2 kena report..huhu

****************************************************

ade satu pengalaman lawak ar masa study kat dwn makan neh..masa tuh aku f2 ke f4, dh x brape nk ingat kan..mmg xleh lupa ar kat abg f6 lower nih (bukan admirer aku ek)...satu malam tuh, dgn suasana yg sunyi..mmg bestla kalu nk study n mmg jarangla kalu study kat dewan dpt suasana camtuh okey...masing2 semua khusyuk study n tido..huhu..tetiba, cuba anda bayangkan dlm suasana yg sunyi itu, anda terdengar satu bunyi yg agak pelik bagi anda yg dok kat hostel..huhu..bunyi mcm nk start enjin moto tuh..memasing berpandangan sesama sendiri, agak musykil ttg bunyi tersebut...kalau tgk muka sorang2, agak2 leh nmpk kot tanda soal kat muka memasing (ala, cam kartun tuh..) ...musykil dgn bunyi tersebut, memasing mulala bersuara..tapi perlahanla kan, kalu kuat2 nnt dgr dek warden, nahas kitaorg kena denda..huhu..

tetiba neh, ade satu meja dak aspura dekat ngan meja kitaorg dok gelak2...mmg gelak giler ar tp ngan penuh sopan, sib baik x terguling2 jek kat lantai..huhu..kitaorg pun risik2 la kat adik2 junior tu apesal..rupa2nya, yg bunyik pelik td adela bunyi kentut abg f6 kat meja tuh..hampeh tul!! pastu, leh plak dia wat muka slumber jek, wat bodo jek..hahahaha..kitaorg pun apelagi, join the group la..gelak ngan penuh sopan gak..kalu gelak kuat karang kena denda..huhu...mmg xleh blah ar muka abg tuh..hahaha..selambe jek muka dia, senyum pun sket jek..ala2 control macho gitu..hahaha..mmg akan ingat abg f6 tuh. ;-)

***************************************************

p/s: mmg lawak ar abg tuh..slumber giler..abg hussin, wa salute lu..hehehe (^o^)

hostel life..


-gambar hiasan jek nih-


tetiba bln pose neh, teringat time berpose kat hostel..hostel kat abs la or known as abu bakar school..cheewahh..sebut jek abs, satu daerah tau skolah neh camne..mmg tip-top la time aku dulu..in academic or even co-curricular ( sblm ade skolah sukanla kan..) mane tak nye, ade atlit kebangsaan tuh study kat abs nih..hehe..mmg glamer la, so secara x langsung bila sebut jek abs, otomatik bdk2 skolah lain mencebik..hahaha..nk2 kalu skolah jiran, smkt..hehe..mmg musuh tradisi kot dulu2..skang nih x tau la plak kn camne.. ;-)

*******************************************

berbalik pd cite bln pose kat hostel...hmmmm..kengkdg best, kengkdg x best..yg bestnye bila dpt outing every evening pi bazar ke or area2 batu satu tuh..carila kuih2 sket nk berbuka or singgah kedai beli jajan2 nk menguyah time study..hehe..xpun, sesaje berjlan2 sementara nk tunggu waktu berbuka..mknan kul 6 dh leh amik, so my friends n i mmg amik awal2 coz nk chop tmpt kat dwn makan tuh..hehe..tp biasala kn, kitaorg kan senior
(perasan senior, padahal ade dak f6)..of coursela adik2 junior x amik port kitaorg..hehe..berlagak sey..hahaha


satu lg yg best was mesti aku akn dpt air soya or tau fu fa free..hahaha..adela hamba Allah yg kirim kat akak2 or adik2 yg outing smpi bazar tloh kan..hehe..tp, tu semua akan dirembat oleh kwn2ku..sbb ape?? sbb aku x minum soya n x mkn tau fu fa..huhu..patutla murah rezeki mamat tuh, eh eh hamba Allah tuh... ;-) sbb slalu bersedekah kat aku..hehe..thanks ek en. r****n...bkn xnk terima tp sy mmg x minum soya or mkn tau fu fa.. ;-)



***********************************************

yg x bestnye lak kalu pose kat hostel was time sahur..punyela awal time sahur bdk2 hostel..camne la bdk2 hostel x ngantuk kat skolah (alasan jek)..hahaha..bygkan kul 3a.m, loceng dwn mkn dh berbunyi..huhu..pastu lak, makcik2 dewan mkn tu pun satu..selagi xde sape turun, selagi tu la dia akan bunyikan loceng tuh (bising tau utk aku yg mmg jarang bgn sahur neh..huhu)...ditambah lak ngan panggilan ala2 manje gitu..hahaha..xla manje pun actually, dia jerit jek sambil mulut beliau melaser bdk2 hostel yg slow giler nk turun sahur..huhu..(i wonder if makcik2 tuh still lg kat dwn mkn abs..hmmm)..sambil menyedok lauk, sambil membebel okey..huhu..dh la x senyum pun..huhu

paling aku ingat mase aku form 3 or 4 tuh, terjadila kejadian yg menyayat hati ini...huhu...hancur harapan gue nk mkn lauk ayam masak kicap tuh..huhu..sedang elok jek aku selak paper yg menutupi tray nasi aku tu, dan2 tu gak sekor cicak nih wat diving masuk dlm lautan kicap dlm tray aku...uwaaaaa, dh la faveret aku tuh, lauk ayam..fyi, kalu dok hostel, jarang dpt mkn ayam okey..slalu menu ikan jaket (bhs pasarnye ikan cencaru)..huhu..punah harapanku...mmg xleh lupa ar, terpaksala aku mkn ngan sayur jek..siot jek cicak tuh..huhu

******************************************

tapi, ape2 pun, mmg bestla hostel life...sape2 yg x merase tuh, mmg rugila..mcm2 yg aku leh blajar drpd hostel life..biarpun sengal sket time skolah2 dulu, tp mmg best bila pernah bergelar bdk aspuri (asrama puteri k..)

p/s: nnt aku citer lagi kisah2 asrama aku tu ek..hehe

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers