24 December 2010

Jodoh di Tangan TUHAN...

Salam....

this is my student's post kat fb dia..x tau la dia create sendiri or just copy..but the most important is, this is beautifully written & touchable..looking at the title itself brings thousand meaning..


Jodoh di Tangan TUHAN (renungkanlah...)

by Kasih Puteri on Monday, December 6, 2010 at 3:43pm


Ya Allah, seandainya Engkau catatkan,

Dia milikku tercipta buatku,

satukanlah hatinya dengan hatiku,

Ya Tuhan Maha Mengasihi,

seiringkanlah kami melayari hidup ini,

ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan,

dia bukan milikku,

bawalah ia jauh dari pandanganku,

luputkanlah ia dari ingatanku,

Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,

berilah aku kekuatan,

melontar bayangannya jauh ke dada langit,

hilang bersama senja nan merah,

agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama

dengan dirinya.

Ya Allah Ya Tuhanku,

pasrahkanlah aku dengan takdirMu,

sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan,

adalah yang terbaik buatku,

kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik

buat hamba-mu ini

Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang

tumbuhkanlah kembali yang telah patah

jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku

berikanlah aku insan yang lebih baik

jika dia bukan jodohku

Ya Allah,cukuplah Engkau sahaja

menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat

Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

jangan Engkau biarkan aku sendirian

di dunia mahupun diakhirat

jauhkanlah aku dari terjurus ke arah

kemaksiatan dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman

supaya aku dan dia sama-sama dapat membina

kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai

dan kurniakan kepadaku keturunan

yang soleh dan solehah

berilah kami kebahagiaan hidup

di dunia dan di akhirat


p/s : Ya Allah, jika benarlah dia tercipta utk ku, maka permudahkanlah segala urusan kami utk membina mahligai bahagia bersama, dikurniakan cahayamata yg soleh & solehah serta dipanjangkan jodoh kami sehingga ke akhir hayat..ameen. ;-)

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers